|
Irama nasyid ialah sebuah irama muzik yang mengandungi nasihat-nasihat, panduan, dan kebesaran Ilahi. Irama nasyid perlu
dijadikan irama yang sentiasa kekal dan diminati oleh golongan remaja masa kini. Melalui nasyid juga seseorang insan itu akan
mendapat ketenangan jiwa dalam melalui aktiviti sehariannya. Di Malaysia terdapat banyak kumpulan-kumpulan nasyid yang terus
memperjuangkan irama nasyid seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, In Team, Mirwana, UNIC, dan sebagainya. Kumpulan Nasyid As-Samawi
juga mempunyai tujuan yang sama seperti mana kumpulan-kumpulan nasyid di Malaysia iaitu untuk memastikan irama nasyid terus
menjadi pilihan masyarakat pada zaman moden ini.
Berikut ialah carta organisasi kumpulan nasyid As-Samawi:
Pengurus: Tuan Haji Nanyan bin Bakar (Pengetua SMK Tunku Putra)Guru Penasihat:
- Encik Romli bin Abdul Hamid
- Ustazah Fatimah binti Ali
Ketua Kumpulan: Mohd Haqfiz Affrizal bin Ahmad Fauzi
Setiausaha: Fithri bin Saad
Bendahari: Muzani bin Md Noor
|